KKM siasat dakwaan wanita diminta ikat tiub peranakan

KKM siasat dakwaan wanita diminta ikat tiub peranakan

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyiasat dakwaan dalam rakaman audio tanpa nama berhubung wanita hamil didesak supaya “tiub peranakan mereka diikat” di sebuah hospital awam di Lembah Klang.

“Dakwaan itu serius. Kami akan bercakap dengan pihak yang berkenaan. Tindakan sewajarnya akan diambil,” kata jurucakap KKM kepada FMT.



Rakaman audio dalam bahasa Tamil yang tular itu telah dikongsi melalui laman sembang dan media sosial.

Dua lelaki secara berasingan mendakwa mereka diberitahu wanita berkenaan mendapat tekanan daripada kakitangan hospital untuk menjalani prosedur mengikat peranakan, di mana tiub fallopio mereka disekat bagi mencegah kehamilan.

Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata, beliau ingin berjumpa pengadu untuk membantu mereka kerana tidak tahu kejadian seumpama itu berlaku di kawasannya.

Tetapi, katanya, beliau perlu tahu siapa yang membuat rakaman suara itu terlebih dahulu untuk mengesahkan kesahihan aduan, yang jika benar, adalah perkara sangat serius.



Dalam satu daripada rakaman itu, seorang lelaki tidak dikenali berkata, isterinya sentiasa menerima tekanan kakitangan hospital apabila beliau dimasukkan ke wad untuk melahirkan anak kedua mereka.

Dalam klip audio berasingan, seorang lagi lelaki yang tidak dikenali berkata, perkara itu berlaku kepada beberapa rakannya, bahkan wanita yang tidak mempunyai anak.

“Walaupun wanita itu kata mereka mahu berbincang dengan suami mereka, kakitangan hospital meminta mereka membuat keputusan dengan segera,” kata lelaki itu. FMT

KKM siasat dakwaan wanita diminta ikat tiub peranakan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar



Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker