Imigresen sedia gempur Pasar Harian Selayang, Pasar Borong KL
KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) akan mengambil tindakan dan menjalankan operasi susulan laporan warga asing yang tidak mempunyai permit kembali berniaga di Pasar Harian Selayang (PHS) dan Pasar Borong Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, pihaknya perlu melaksanakan pemantauan keadaan semasa terlebih dahulu sebelum membuat tindakan susulan termasuk operasi atau serbuan.
“Tindakan sebegini bukan sahaja dibuat di pasar borong, tetapi di semua tempat yang membabitkan warga asing.
“Kita akan laksanakan pemantauan di dua lokasi (PHS dan Pasar Borong Kuala Lumpur) ini dahulu bagi menilai keadaan semasa sebelum tindakan serbuan atau operasi dijalankan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Ditanya berkenaan dakwaan lot niaga pasar borong disewakan kepada pihak ketiga terutama warga asing untuk mengaut untung ‘atas angin’, Syamsul Badrin berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu.
Beliau berkata, pihaknya ada menerima maklumat warga asing tiada tapak perniagaan dan berniaga di tepi jalan.
“Semua perkara ini akan disiasat secara menyeluruh. Mereka yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan tegas,” tegasnya.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan juga diminta untuk menyalurkan kepada Imigresen untuk tindakan lanjut.
Pada Isnin, media melaporkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga di PHS dan Pasar Borong Kuala Lumpur yang menyewakan lesen premis perniagaan mereka kepada warga asing.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, tindakan penguatkuasaan boleh diambil dengan menamatkan serta-merta lesen premis perniagaan mereka dan disenaraihitamkan daripada memohon lesen perniagaan baharu.
Imigresen sedia gempur Pasar Harian Selayang, Pasar Borong KL
Baca Artikel Menarik:
- Chef Wan fitnah saya – Shikin Maembong
- Kerja Pengerusi MPN tak selesai nak jadi Penasihat Johor
- Khairuddin buktikan kejantanan! Umum letak jawatan
- Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
- Nak saya jadi juri, buat yang ini dahulu – Hattan
- Pusat kesihatan rupanya sarang pelacuran
- Lelaki Ini Berani Sungguh Dan Selamba Bersenam Di Balkoni Tingkat 12 Pangsapuri [VIDEO]
- Buaya ‘merayau’ terkejut kerana ditangkap
- Datuk Seri berimej warak rupanya scammer skim pelaburan
- Nak bocor apa, orang awam pun tahu kewangan negara – Tengku Zafrul
- Tinggalkan UMNO satu ibadah, dalil terbaru Muhyiddin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar
Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)
You must be logged in to post a comment.