Dicabar sumpah laknat, Muhyiddin berdolak dalik
Muhyiddin Yassin menolak cabaran sumpah laknat Zahid Hamidi berkaitan dakwaan bahawa presiden Umno membawa timbunan fail dan memintanya campur tangan dalam kes mahkamah.
“Saya takkan sumpah pasal saya tak pernah bohong,” kata Muhyiddin ketika menjawab soalan pemberita di Putrajaya hari ini.
Dalam ceramah di Tangkak, Johor pada 17 Februari lalu, Muhyiddin mendakwa selepas dia dilantik sebagai perdana menteri Zahid menemuinya dengan membawa ‘fail bertimbun’ untuk meminta campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapi olehnya.
“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya.
“Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan),” kata Muhyiddin semasa ceramah itu.
Mengulas dakwaan Muhyiddin, Zahid menyatakan kesanggupannya untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan bekas perdana menteri itu.
“Saya tidak pernah pergi berjumpa dengan Muhyiddin ketika beliau menjadi perdana menteri untuk meminta tolong dilepaskan dari tuduhan mahkamah.
“Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan,” kata Zahid semalam.
Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
Zahid turut mencabar Muhyiddin untuk bersumpah laknat untuk mempertahankan dakwaan yang dibuatnya.
Muhyiddin memberitahu pemberita hari ini bahawa dia telah pun menamakan saksi insiden tersebut, termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Azmin Ali.
“Itu hak dia la nak sumpak ke tak sumpah.
“Saya cakap benar, nak cakap pada rakyat tak bohong. Saya dah tunjuk saksi,” kata pengerusi PN itu.
Zahid berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah berpuluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi, sebuah pertubuhan kebajikan yang diasaskannya.
Dia juga menghadapi 40 pertuduhan rasuah membabitkan lebih RM43 juta bagi Sistem Visa Asing.
Muhyiddin mendakwa keengganannya untuk membantu Zahid telah membawa kepada kejatuhan dia sebagai perdana menteri tahun lepas.
Baca Artikel Menarik:
- Chef Wan fitnah saya – Shikin Maembong
- Kerja Pengerusi MPN tak selesai nak jadi Penasihat Johor
- Khairuddin buktikan kejantanan! Umum letak jawatan
- Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
- Nak saya jadi juri, buat yang ini dahulu – Hattan
- Pusat kesihatan rupanya sarang pelacuran
- Lelaki Ini Berani Sungguh Dan Selamba Bersenam Di Balkoni Tingkat 12 Pangsapuri [VIDEO]
- Buaya ‘merayau’ terkejut kerana ditangkap
- Datuk Seri berimej warak rupanya scammer skim pelaburan
- Nak bocor apa, orang awam pun tahu kewangan negara – Tengku Zafrul
- Tinggalkan UMNO satu ibadah, dalil terbaru Muhyiddin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar
Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)
aikkk…sepatutnya kalau tak pernah berbohong le perlu berani bersumpah…jadi masa nak dpt jawatan PM dulu kau bersumpah depan agong tu sebab pernah berbohong le ye? abahhh abah…mmm