Sindiran Nik Abduh buat siapa?

PETALING JAYA: Satu hantaran di Facebook Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menimbulkan tanda tanya sama ada berhubung dengan pemecatan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama atau sebaliknya.

Ini berikutan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas itu menyifatkan mereka yang bersabar itu bukan menunjukkan mereka itu bisu, tetapi agar kebenaran itu tidak dibisukan.

“Sabar itu bukan bisu. Sabar adalah agar kebenaran tidak dibisukan,” katanya dalam laman facebook, hari ini.

Nik Mohamad Abduh sebelum ini tampil menuntut penjelasan rasmi pimpinan tertinggi Pas berhubung pengguguran Mohd. Khairuddin sebagai AJK Pas itu.

Kelmarin, media melaporkan, bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu sekali lagi kehilangan jawatan tertinggi Pas apabila parti memutuskan memecatnya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama berkuat kuasa Selasa lepas.

Pemecatan itu berlaku kira-kira sebulan selepas beliau disingkirkan daripada jawatan AJK Pas pada 12 Januari lalu.

Sindiran Nik Abduh buat siapa?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker