Lelaki tangkap buaya seberat 150kg ketika memancing
Lelaki tangkap buaya seberat 150kg ketika memancing
PAPAR – Seorang lelaki berjaya menangkap buaya seberat 150 kilogram ketika memancing di sebuah tasik berhampiran tapak pembinaan Taman Resident Prima Kinarut, di sini awal pagi Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, buaya terbabit ditemui dalam keadaan terdampar di parit selepas dipercayai keluar dari tasik.
Menurut Matthew Koh, 56, dia datang ke lokasi untuk meninjau tapak pembinaan tempatnya bekerja selain berhasrat untuk memancing di tasik yang terletak tidak jauh dari tapak pembinaan.
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi bising dari arah pagar selain terdengar bunyi salakan anjing. Rupa-rupanya buaya itu merempuh pagar di kawasan berkenaan.
“Seorang kanak-kanak kemudian datang memaklumkan kepada saya bahawa ada seekor buaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Katanya lagi, bimbang dengan keselamatan penduduk dan pekerja pembinaan di kawasan berkenaan, dia nekad mahu menangkap reptilia itu menggunakan tali yang ada di dalam kenderaannya.
“Saya bertindak mengundurkan kenderaan menghala ke pagar berkenaan dan cuba meletakkan tali ke arah leher buaya terbabit.
“Pada mulanya buaya itu kelihatan agresif namun tersekat pada rumput menyebabkan ia sukar bergerak dan tidak lama kemudian saya berjaya menangkapnya,” katanya.
Matthew berkata, dia kemudian bertindak menghubungi pasukan keselamatan melalui talian 999 untuk mendapatkan bantuan supaya haiwan itu dapat dipindahkan ke tempat lain.
Anggota APM mengangkat buaya yang ditangkap di Taman Resident Prima Kinarut, Papar sebelum diserahkan kepada Unit Penyelamat Hidupan Liar.
“Sebelum ini, saya memang menyedari ada buaya di kawasan tasik berkenaan dan dipercayai terdapat seekor lagi berada di dalamnya.
“Cuma kali ini buaya itu keluar sebelum akhirnya berjaya ditangkap,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pengadu pada jam 8.15 pagi.
“Buaya sepanjang empat meter dengan berat 150 kilogram itu berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU),” katanya.
Sinar
Lelaki tangkap buaya seberat 150kg ketika memancing
Baca Artikel Menarik:
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Janda bengang dengan jiran puaka (Video)
https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/
You must be logged in to post a comment.