Hanya 14.5 peratus kanak-kanak di Malaysia terima dos pertama Covid-19

Gambar Hiasan

PETALING JAYA : Sehingga kini, hanya 14.5 peratus atau 513,393 individu kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web CovidNow, remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,806 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,884,882 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan statistik penduduk pada 2021, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dianggarkan berjumlah 9.13 juta iaitu 28.0 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia (32.7 juta orang).

Selain itu, CovidNow memaklumkan sejumlah 13,992,391 atau 59.5 peratus populasi dewasa dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19 dan seramai 22,944,158 atau 97.5 peratus lengkap divaksinasi manakala 23,221,715 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 128,153 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam termasuk 61,230 suntikan dos pertama, 464 suntikan dos lengkap dan 66,459 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin yang diberikan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,148,498


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Mengapa MUDA Sangat Mesra Dengan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker