SOP PRN Johor boleh lebih fleksibel
SHAH ALAM – Prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terutama yang membabitkan aktiviti berkempen adalah lebih fleksibel berbanding pengalaman di Melaka dan Sarawak tahun lalu.
Bagaimanapun ia masih boleh diperbaiki dan diperkemaskan.
Penganalisis pilihan raya, Dr G Manimaran berpandangan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab mengeluarkan SOP pilihan raya telah mengambil kira pandangan, syor dan permintaan pelbagai pemegang taruh susulan situasi PRN Melaka dan Sarawak.
“Mengambil kira situasi ketika PRN Sabah dan pengalaman serta kritikan semasa PRN Melaka dan Sarawak, SPR dan agensi-agensi yang terlibat dalam penggubalan SOP PRN Johor telah menyediakan SOP yang lebih longgar dan fleksibel,” katanya kepada Sinar Ahad.
Menurutnya, meskipun sifat rigid masih wujud, tetapi beberapa kelonggaran turut diberikan, antaranya kempen bersemuka, kunjungan dari rumah ke rumah dan sesi jelajah mesra ketika tempoh berkempen serta syarahan dan ceramah yang dihadkan kepada 100 peserta.
Beliau yang juga penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang & Tadbir berkata, SOP kali ini bersifat konstruktif, keadaan yang diperlukan bagi memenuhi prinsip kewujudan pemilih lengkap maklumat sebelum mereka melangkah ke hari pengundian.
Katanya, pilihan raya harus menyediakan platform yang adil kepada calon bagi menyalurkan maklumat mengenai diri dan janji mereka manakala pengundi pula memperoleh maklumat yang cukup bagi membolehkan mereka membuat keputusan terbaik.
Beliau berkata, kedua-dua aspek itu berhadapan dengan kekurangan dan kecacatan serius sehingga banyak pihak menggesa SPR melonggarkan SOP pilihan raya.
“SOP terbaharu (PRN Johor) ada menyediakan kemudahan untuk mencapai prinsip memperoleh maklumat yang cukup tetapi masih boleh ditambah baik,” ujarnya.
Di bawah SOP yang diumumkan pada Jumaat, penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang 14 hari tempoh berkempen PRN Johor.
SOP yang dibenarkan itu termasuklah ceramah dan kempen yang hanya dibenarkan di pejabat parti dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan kehadiran tidak melebihi 100 orang.
Bagi SOP kempen ziarah rumah ke rumah, penyertaan adalah tidak melebihi lima orang, namun tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah atau berjumpa dengan ahli rumah dan aktiviti mengedarkan risalah perlu dibuat di luar pagar.
Dalam pada itu, Manimaran berkata, berbanding PRN Melaka dan Sarawak, SOP PRN Johor juga diumumkan lebih awal iaitu satu minggu sebelum hari penamaan calon dan perkembangan itu harus dialu-alukan.
Menurutnya, secara keseluruhan SOP pilihan raya merangkumi lapan aktiviti termasuk peraturan ketika hari penamaan calon, kempen, hari mengundi dan penjumlahan kertas undi.
Bagaimanapun Manimaran berkata, beliau yakin akan ada permintaan dan rayuan daripada parti-parti politik agar SPR melonggarkan waktu syarahan atau ceramah yang dihadkan kepada dua jam dan perlu ditamat pada jam 10 malam.
SOP PRN Johor boleh lebih fleksibel
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas PH dan PN, pengurusan ekonomi ke laut, hanya tahu ‘gali lubang tutup lubang’
- Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin
- Bila Mahathir 2.0 Buka Mulut
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim