Polis tahan kekasih wanita maut dikelar

Polis tahan kekasih wanita maut dikelar

Polis menahan kekasih kepada wanita yang maut dikelar dalam pergaduhan dipercayai akibat cemburu di sebuah premis perniagaan di Serdang Perdana, Seri Kembangan, dekat sini, malam tadi.

Suspek berusia 33 tahun ditahan ketika menyerah diri di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata ujian saringan air kencing mendapati suspek yang juga pemandu lori, negatif dadah.

“Suspek beralamat di Taman Muhibbah, Seri Kembangan itu mengaku terbabit kes pembunuhan berkenaan ketika disoal siasat.

“Siasatan termasuk berhubung penggunaan senjata dalam kejadian itu masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 7 malam tadi, mangsa yang juga dipercayai adalah pemilik kedai menjual peralatan rumah dan pejabat, maut dikelar.



Wanita berusia 29 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam premis perniagaan berkenaan. BH

Polis tahan kekasih wanita maut dikelar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker