Ramasamy cenderung pertikai pengislaman anak Loh, bukan hak penjagaan

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengecam kenyataan dikeluarkan pemimpin parti tamak haloba DAP, Dr P Ramasamy berhubung isu anak-anak Loh Siew Hong.

Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu bukan membincangkan berkaitan hak penjagaan anak-anak Siew Hong, tetapi lebih cenderung kepada mempertikai pengislaman ketiga-tiga anak tersebut.

“Anak-anak tersebut memeluk Islam atas dasar kerelaan mereka sendiri dan mereka diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis oleh bapa kandung mereka sendiri, tiada elemen paksaan, ancaman mahupun penculikan seperti mana didakwa oleh Dr P Ramasamy.

“Mereka juga tidak pada bila-bila masa ditahan oleh mana-mana pihak tetapi dijaga dengan sebaiknya oleh individu dan badan Islam yang terlibat.

“Malah, ustazah yang menjaga anak tersebut sedang berusaha untuk menemukan mereka dengan ibu kandung mereka walaupun mereka sebenarnya tidak mahu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada maklum balas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru-baru ini mengenai kenyataan Ramasamy.

Ramasamy dalam satu portal tempatan dipetik berkata, polis perlu menyiasat dakwaan seorang ibu mengatakan pihak berkuasa agama Perlis telah ‘menculik dan menukar agama’ tiga anaknya yang masih kecil.

Menyelar kenyataan itu, Aminuddin mengingatkan bahawa Dewan Undangan Negeri Perlis telah meminda Seksyen 117 enakmen pentadbiran agama Islam berkaitan kapasiti pemelukan Islam kanak-kanak kepada frasa ‘ibu atau bapa’ pada tahun 2016.

Oleh yang demikian, keperluan yang ditetapkan pihak legislatif bagi perkara tersebut adalah salah seorang ibu atau bapa atau penjaga sahaja, katanya.

Aminuddin berkata, ia selari menurut Bahasa Melayu Perlembagaan Persekutuan yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu iaitu Raja Perlis sendiri pada 26 Mei tahun 2003.

Justeru, katanya, tidak timbul isu pemelukan Islam ketiga-tiga anak itu bercanggah dengan undang-undang.

“PEMBELA ingin mengingatkan semua pihak bahawa penentuan berkaitan dengan hukum syarak adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri.

“Oleh yang demikian dalam menentukan kedudukan hukum syarak sama ada perlu kebenaran salah seorang atau kedua ibu bapa adalah dalam bidang kuasa negeri.

“Semua pihak wajib menghormati kerangka sistem perundangan dan Perlembagaan ini,” katanya.

Bahkan, katanya, kes yang dirujuk pelbagai pihak iaitu kes Indira Gandhi perlu dibezakan daripada kes ini kerana kedudukan perundangan dan fakta yang berlainan.

“PEMBELA ingin menyeru semua pihak untuk menyokong kenyataan ini dan kepada pihak berkuasa agar menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang ingin menimbulkan kekacauan serta suasana tidak harmoni antara agama di dalam negara ini.

“PEMBELA tidak sesekali berkompromi apabila ia melibatkan akidah umat Islam walaupun seorang,” tegasnya.

Ramasamy cenderung pertikai pengislaman anak Loh, bukan hak penjagaan

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Mengapa MUDA Sangat Mesra Dengan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker