PRNJohor: Muda tamat rundingan dengan PKR
PRNJohor: Muda tamat rundingan dengan PKR
Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa rundingan pengagihan kerusi dengan PKR tamat tanpa persetujuan susulan langkah parti itu mengumumkan 20 calonnya secara bersendirian.
Ahli Parlimen Muar itu juga membayangkan kemungkinan berlakunya risiko pertindihan kerusi di Johor antara dua parti itu.
Bagaimanapun Syed Saddiq berkata, MUDA sudah memaklumkan kepada DAP dan Amanah supaya mengelakkan sebarang pertindihan kerusi MUDA-PKR dan pada masa sama terbuka untuk meneruskan rundingan dengan PKR bagi mencapai kata sepakat.
“Jika tidak ada sebarang perkembangan dan perubahan keputusan daripada pimpinan PKR berkaitan kerusi MUDA-PKR, pimpinan MUDA akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan jalan ke hadapan pada hujung minggu ini.
“Sekiranya pertindihan kerusi antara MUDA-PKR tidak dapat dielakkan, MUDA akan serahkan keputusan di tangan rakyat Johor,” katanya dalam kenyataan.
Awak bulan ini, DAP dan Amanah membuat keputusan menyerahkan enam kerusi kepada MUDA untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor, iaitu Puteri Wangsa, Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap dan Bukit Permai. Tawaran itu disifatkan lebih menarik berbanding PKR yang hanya memberikan tiga kerusi kepada MUDA.
Di Johor, PKR bertindak mengumumkan calonnya secara bersendirian sejak minggu lepas.
Pada 14 Feb, PKR mengumumkan lima kerusi yang akan ditandinginya bagi zon selatan dan tujuh kerusi lagi bagi zon utara pada keesokannya, sementara Maszlee Malik dicalonkan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang. FMT
PRNJohor: Muda tamat rundingan dengan PKR
Baca Artikel Menarik:
- Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim
- Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq
- Farhash tidak suka Rafizi
- PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
- Sultan Johor undi kali terakhir
- Muhyiddin suruh UMNO ‘poddah’
- Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ
- Begini Cara Nak ‘Left’ Group WhatsApp Tanpa Diketahui Ahli Lain
- Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)
- PKR bidas MUDA agar ‘Move On’
- Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini