Pengamal perubatan tradisional didakwa bunuh wanita

Pengamal perubatan tradisional didakwa bunuh wanita

GOMBAK: Seorang pengamal perubatan tradisional dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang Jaya atas tuduhan membunuh pesakitnya berusia 41 tahun.

Che Hong Chiew kelihatan tenang dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top, tetapi tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, Che didakwa menyebabkan kematian Lim Sin Lue di ruang tamu sebuah rumah di Taman Perdana antara 4.45 hingga 5 petang 27 Julai lalu.

Che didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Amalina menetapkan 13 Okt untuk sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran mewakili pihak pendakwaan, manakala Che tidak diwakili peguam.

Pada 28 Julai lalu, polis Ampang Jaya menahan Che atas dakwaan menyebabkan kematian wanita itu selepas menerima rawatan daripada pengamal perubatan tradisional terbabit.

Ibu mangsa menemui anaknya berbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah itu, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian. FMT

Pengamal perubatan tradisional didakwa bunuh wanita


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker