Ebit Lew dijangka didakwa hari ini

Ebit Lew dijangka didakwa hari ini

Pendakwah terkenal, Ebit Lew dijangka akan didakwa di mahkamah di Tenom, hari ini dipercayai atas 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom kira-kira pukul 9 pagi ditemani sekumpulan individu dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Dalam pada itu, pekarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang akhbar berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal. K Online

Ebit Lew dijangka didakwa hari ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker