Covid-19: 26701 kes baharu

Covid-19: 26701 kes baharu

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 26,701 kes baharu Covid-19, manakala 11,744 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 2,888,194 daripada 3,138,215 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 216 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 98 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 118 lagi disyaki dijangkiti virus itu.

Sementara itu, 141 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 55 orang daripadanya positif Covid-19 dan selebihnya 86 kes masih dalam siasatan.

Daripada jumlah kes baharu itu, 118 atau 0.35% pesakit termasuk dalam Kategori 3 hingga 5 yang memerlukan rawatan di hospital, manakala 26,583 kes (99.65%) dalam Kategori 1 dan 2.

Katanya, 19 kluster baharu dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan 6,676 kluster dikesan sehingga kini, dengan 481 daripadanya adalah kluster aktif.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Covid-19: 26701 kes baharu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker