MUDA dibidas bersikap terlalu tamak

SHAH ALAM – Biarpun kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) sebenar belum bermula, namun gabungan Pakatan Harapan (PH) kini nampak bercelaru apabila PKR dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) diramal bertembung di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Situasi berkenaan itu berlaku selepas rundingan Muda untuk mendapatkan tiga kerusi daripada PKR ditolak oleh pucuk pimpinan parti pembangkang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sebab tertentu.

Malah, PKR kini sudah mengumumkan akan meletakkan calon di 20 kerusi DUN termasuk tiga kawasan yang sebelum ini dikatakan akan diserahkan kepada Muda.

Jika perang dingin antara PKR dan Muda berkenaan berterusan maka ia dilihat akan menjejaskan peluang PH menguasai kembali DUN Johor pada PRN kali ini.

Penganalisis politik dan pakar geostrategis, Profesor Madya Dr Azmi Hassan berkata, perkara itu dapat dielak jika Muda tidak terlalu tamak dan boleh bertolak ansur dengan PKR.

Azmi yang juga Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) berkata, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak sepatutnya tamak kepada partinya memerlukan sokongan ahli gabungan PH lain terutama PKR untuk menang di empat daripada enam kerusi DUN diserahkan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRN nanti.

“Jadi jika Muda terus tamak dan tetap menuntut tiga kerusi daripada PKR, maka saya percaya mereka akan kalah di empat kawasan diramalkan boleh menang pada PRN Johor nanti dengan bantuan jentera parti DAP, Amanah dan PKR.

“Justeru, pemimpin Muda terutama Syed Saddiq hari berfikir secara matang dan tidak terlalu tamak kerana kedegilannya akan merugikan partinya sendiri,” katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Premium pada Jumaat.

Terdahulu, Syed Saddiq dalam satu kenyataan pada Jumaat, tidak menolak kemungkinan Muda dan PKR akan bertembung di beberapa kerusi pada PRN Johor nanti, selepas rundingan antara kedua-dua parti menemui jalan buntu.

“Muda telah mengadakan siri-siri rundingan rasmi bersama pimpinan PKR, namun PKR telah membuat keputusan untuk mengumumkan senarai calonnya di 20 kerusi sekali gus menamatkan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

“Meskipun begitu, kami telah menyampaikan niat dan hasrat untuk mengelakkan sebarang pertindihan kerusi Muda-PKR kepada rakan DAP dan Amanah. Muda juga bersedia untuk meneruskan rundingan bersama PKR.

“Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perkembangan dan perubahan keputusan dari pimpinan PKR berkaitan kerusi kedua-dua parti, maka pimpinan Muda akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan jalan ke hadapan pada hujung minggu ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, sekiranya pertindihan kerusi antara Muda-PKR tidak dapat dielakkan, mereka akan menyerahkan kepada rakyat Johor untuk membuat keputusan.

“Muda telah memberikan usaha dan komitmen berterusan untuk mengelakkan pertindihan kerusi dalam kalangan parti-parti pembangkang kerana fokus utama kami adalah membawa perubahan yang baik kepada negeri Johor.

“Melalui rundingan rasmi bersama DAP dan Amanah, Muda telah berjaya mengelakkan sebarang pertindihan kerusi,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, Muda menyertai Pilihan Raya Negeri Johor 2022 bertujuan untuk membawa perubahan yang baik kepada Negeri Johor dan Malaysia.

“Negeri Johor harus dipimpin oleh kepimpinan yang mengangkat politik dasar sebagai teras untuk pembangunan ekonomi kepada rakyat Johor,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Muda hanya diperuntukkan enam kerusi DUN termasuk Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai, hasil rundingan bersama antara parti itu, Amanah dan DAP selepas beberapa siri rundingan antara mereka.

PKR Johor juga menawarkan tiga kerusi kepada Muda untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac nanti.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dipetik sebagai berkata susulan itu pihaknya kini menanti maklum balas Muda berhubung tawaran tiga kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, Syed Saddiq menolak kerusi yang ditawarkan oleh PKR dan menuntut mereka diberikan kawasan lain yang berpotensi untuk menang.

Berikutan itu, PKR membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan Syed Saddiq dan menegaskan mereka akan kekal bertanding di 20 kerusi DUN seperti dipersetujui dalam rundingan bersama dengan DAP dan Amanah, sebelum Muda menyertai PH baru-baru ini.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker