PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
Satu pertemuan antara dua presiden parti pembangkang diadakan hari ini di sebalik rancangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,
Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dilihat mengadakan pertemuan empat mata menerusi gambar yang tersebar di akaun Twitter hari ini.
Gambar itu dimuat naik pelayar Twitter, Zack Rockstar.
“Bincang apa tu Bang Mat dengan Boboi? Nak offer Pejuang (kerusi) ke? Saja tanya,” soal beliau.
Difahamkah pertemuan itu berkait rapat dengan isu pembahagian kerusi untuk ditandingi pembangkang pada PRN Johor.
Menurut ciapan pada akaun Twitter, pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu berlangsung di Plaza Damas, Taman Sri Hartamas di ibu negara.
Pada minggu, menurut Mukhriz, Pejuang menetapkan untuk bertanding di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan pengumuman mengenainya akan dilakukan dua hari sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari ini.
Bagaimanapun Amanah, belum lagi mengumumkan nama calon untuk bertanding pada PRN Johor.
Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) menyatakan PKR akan bertanding 20 kerusi, Amanah 20 kerusi manakala DAP sebanyak 16 kerusi.
DAP dan Amanah memperuntukkan enam kerusi kepada parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) iaitu di DUN Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai. MG
PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
Baca Artikel Menarik:
- Jangan kacau orang yang mahu vaksinkan anak – Khairy
- Cari duit makan la tu
- Apa yang kelakar sangat dengan Premier?, Najib tanya ADUN DAP
- Sebelum Aidilfitri masa paling tepat keluar i-Citra – Najib
- Zizan tinggalkan dunia forex, minta peminat doakan untuknya
- Dulu ratu cantik, sekarang pemandu treler
- AMK sifatkan ‘perginya Rafizi tidak mengurang, kembalinya tidak menambah’
- Tips Main Mesin Yang Kuat Telan Duit (Video)
- Jururawat nafi cucuk angin anak Khairy
- Akaun Telegram dan Whatsapp Ahmad Zahid digodam pihak tidak bertanggungjawab
- Mak dah bagi Milo ganti susu – Raja Ilya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri
Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi