PRN Johor: BN tidak anggap 4 penjuru adalah laluan mudah
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak menganggap pertembungan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai satu laluan mudah, sebaliknya mesti dihadapi dengan serius serta bijaksana.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, tidak kira sama ada satu atau dua penjuru, pihaknya perlu menghadapi pelbagai cabaran mendatang di atas pentas demokrasi pilihan raya.
“Oleh itu, secara peribadi saya percaya untuk mengatakan BN selesa atau tidak bertanding empat penjuru ia bergantung kerusi yang dipertandingkan. Ini kerana keadaannya tidak sama di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
“Kelebihan akan diperoleh oleh calon yang punyai rekod berkhidmat terbaik kepada rakyat atau bagi calon baharu memiliki ciri-ciri yang rakyat inginkan.
“Jadi saya yakin kepimpinan BN akan bersiap sedia dalam semua situasi dan menganggap PRN Johor kali ini sama ada melibatkan pertandingan empat penjuru, satu atau dua penjuru atau lain-lain sebagai suatu cabaran mesti dihadapi dengan serius dan bijaksana serta tidak menganggapnya sebagai laluan mudah,” katanya.
Sebelum ini, geostrategis, Dr. Azmi Hassan berkata pertembungan empat penjuru pada pilihan raya itu bakal memberi kelebihan kepada BN walaupun parti tersebut ketika ini sebenarnya tidak mempunyai kelebihan.
Katanya, BN ketika ini dilihat kuat hanya kerana kelemahan yang sedang berlaku dalam pembangkang yang semakin kritikal menjelang tarikh mengundi.
Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, pelbagai pihak boleh membuat analisa dan ulasan mengenai PRN Johor namun semua pandangan ini baik untuk dinilai serta dihalusi BN kerana sebagai sebuah parti politik, idea itu penting dalam mengatur pendekatan dan strategi parti.
Jelasnya, terdapat 56 kawasan DUN dipertandingkan PRN Johor dan sudah pasti menjadi rebutan pelbagai parti politik dan sudah tentu landskap dan situasinya berbeza antara satu DUN dengan yang lain.
“Situasi sangat berbeza. Kemenangan di Melaka dan sebelum itu pencapaian BN di Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Tanjung Piai, Johor sebelum ini bukan jaminan kepada BN untuk menang selesa di PRN. Oleh itu, semua jentera BN mesti bekerja kuat meyakinkan rakyat untuk menyokong BN,” katanya.
Baca Artikel Menarik:
- Jangan kacau orang yang mahu vaksinkan anak – Khairy
- Cari duit makan la tu
- Apa yang kelakar sangat dengan Premier?, Najib tanya ADUN DAP
- Sebelum Aidilfitri masa paling tepat keluar i-Citra – Najib
- Zizan tinggalkan dunia forex, minta peminat doakan untuknya
- Dulu ratu cantik, sekarang pemandu treler
- AMK sifatkan ‘perginya Rafizi tidak mengurang, kembalinya tidak menambah’
- Tips Main Mesin Yang Kuat Telan Duit (Video)
- Jururawat nafi cucuk angin anak Khairy
- Akaun Telegram dan Whatsapp Ahmad Zahid digodam pihak tidak bertanggungjawab
- Mak dah bagi Milo ganti susu – Raja Ilya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri
Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran