Penunggang motosikal tercampak ke longkang dalam nahas di Pandan Jaya

Penunggang motosikal tercampak ke longkang dalam nahas di Pandan Jaya

Seorang penunggang motosikal tercampak ke longkang sedalam tiga meter selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 9.22 pagi melibatkan kemalangan motosikal jenis Yamaha R6 dengan Toyota Vios yang berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Jaya di sini.

Menurutnya, anggota bertugas bertindak melakukan pemeriksaan ke atas mangsa sebelum membawa naik lelaki berkenaan menggunakan pengusung.

“Mangsa berusia 33 tahun itu mengadu sakit di bahagian pinggul sebelum pasukan menyelamat memakaikan Kendrick Extrication Device (KED) ke atasnya.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, operasi menyelamat melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah itu selesai pada jam 9.30 pagi.-SH

Penunggang motosikal tercampak ke longkang dalam nahas di Pandan Jaya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker