Fahmi Reza jangka hadapi tuduhan baharu khamis ini

Fahmi Reza jangka hadapi tuduhan baharu khamis ini

Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza hari ini memaklumkan beliau dijangka menghadapi pertuduhan baharu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia pada Khamis ini.

“Dua tuduhan dalam sebulan! Siapa sangka seorang pereka grafik mampu mengugut pihak berkuasa,” tulisnya di media sosial.

Fahmi berkata, beliau akan menentang tuduhan baharu itu dengan menegaskan “satiran bukan jenayah”.

Tetapi, beliau tidak menyatakan jenis pertuduhan atau catatan mana yang menyebabkan dirinya didakwa kali ini.

Peguamnya, Rajsurian Pillai berkata, polis meminta mereka hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Khamis ini.

Minggu lalu, Fahmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menghina bekas Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba menerusi catatan Twitter pada 10 Feb 2021. Beliau dibebaskan dengan jaminan RM5,000.

Pihak pendakwaan berhujah Fahmi membuat catatan itu dengan niat menyakitkan hati orang lain. Tweet itu menyentuh dasar Kabinet pada 2021 yang membenarkan Menteri menjalani kuarantin tiga hari, bukannya 10 hari, selepas mereka pulang dari luar negara.

Adham adalah Menteri Kesihatan dari Mac 2020 hingga Ogos 2021. Beliau kini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. FMT

Fahmi Reza jangka hadapi tuduhan baharu khamis ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker