Bila kantoi terus tak tahu cakap Melayu
Padang Terap: Pada awalnya seorang lelaki menjawab segala pertanyaan yang diajukan dengan baik walaupun masih dalam keadaan ‘mamai’ kerana terkejut dengan serbuan dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah di rumahnya di Kampung Apil, Kuala Nerang dekat sini, pagi semalam.
Namun, apabila pegawai JIM menyoalnya mengenai ketum dan beberapa peralatan di dapur yang ditemukan, lelaki warga Thailand mula ‘berdrama’ apabila mendakwa dia tidak faham bahasa Melayu.
Gelagat itu ditunjukkan lelaki terbabit ketika serbuan dilakukan pada 1.30 pagi diketuai Ketua Unit Aduan, Risikan dan Operasi JIM Kedah Mohamad Rizal Ramli.
Ketika serbuan, lelaki itu sedang tidur bersama isterinya yang juga warga Thailand
Lelaki terbabit cuba membuat helah mendakwa dia tidak faham dan tidak pandai bertutur bahasa Melayu selepas ditanya mengenai peralatan dan ubat batuk serta air minuman berkarbonat dipercayai untuk menghasilkan ‘chakoroi’ yang ditemui di rumahnya itu.
Difahamkan, helah itu sengaja dilakukan lelaki berkenaan kerana dia bimbang akan dicekup dan disoal dengan lebih lanjut kerana tindakannya menjual ketum yang diproses menjadi chakoroi.
Bagaimanapun, dia bersama isteri masing-masing berusia 33 dan 32 tahun ditahan JIM selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen sah.
Pemeriksaan mendapati selain bekerja sebagai penoreh getah, lelaki berkenaan turut mengambil kesempatan memproses ketum menjadi chakoroi di rumahnya yang kemudiannya dijual dengna harga RM10 sebungkus.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di rumah kongsi tapak projek di Kepala Batas, empat lelaki ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah selain tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan.
Timbalan Pengarah JIM negeri (Kawalan) Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, dalam serbuan di rumah kongsi terbabit seramai 21 pekerja warga asing diperiksa.
“Daripada jumlah itu, empat daripada mereka masing-masing dua lelaki Indonesia, seorang Bangladesh dan Myanmar ditahan selepas mereka didapati tiada dokumen sah.
“Semua yang ditahan berusia 33 hingga 39 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Bila kantoi terus tak tahu cakap Melayu
Baca Artikel Menarik:
- Usahawan tunjuk duit ‘kepuk-kepuk’, sekali LHDN komen perli
- Projek PR1MA disabotaj
- Gerakan ‘bunuh’ Azam Baki dibuat secara tersusun- MCW
- Hisham tak perlu letak jawatan, langgar SOP bukan jenayah – Ismail
- Dihina Mandul, Bella Akhirnya Hamil, Reaksi Suami Bikin Sebak
- Jual badan, PU Syed tegur Sharifah Sakinah
- DAP, PH berdepan kesukaran di Pulau Pinang
- Kamu berduit tapi tidak berbakat – Ajai
- Usah sombong Sanusi, kerajaan Kedah stabil kerana Umno berlapang dada
- Respon Dr Zulkifli Bila Gadis Bagi Soalan Luar Kotak ‘Apa Hukum Jika Seorang Muslim Mati Digigit Zombie’
- ‘Saya Tidak Sedap Hati, Risau Tiada Khabar Daripada Jit Murad Minggu Lalu’ – Tina Fadzil [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]