Ronaldo ‘ludah’ rakan sepasukan?

MANCHESTER: Sudahlah Manchester United keciciran mata buat kali kedua dalam tempoh seminggu, Cristiano Ronaldo pula dituduh ‘meludah’ rakan sepasukan, Anthony Elanga ketika pasukan itu seri 1-1 de­ngan Southampton kelmarin.

Rakaman insiden itu tersebar di media sosial, di mana Ronaldo kelihatan seperti meludah dan air liurnya terkena belakang kepala Elanga.

Bagaimanapun sudut ka­mera mungkin telah ‘menipu’ penonton yang memperlihatkan seolah-olah bintang berusia 37 tahun itu sengaja meludah pemain remaja Sweden tersebut.

Ronaldo memang meludah di belakang Elanga tetapi dia tidak berniat untuk melakukan perbuatan itu terhadap rakan sepaskannya.

REAKSI Cristiano Ronaldo ketika pasukannya diikat 1-1 oleh Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester kelmarin. – AFP

Begitupun, ribuan pengguna media sosial, terutama penyokong United yang kecewa dengan keputusan seri di Old Trafford menggunakan situasi tersebut untuk turut ‘menyerang’ kapten Portugal itu.

“Sekurang-kurangnya dia berjaya menemui sasaran (meledak gol),” kata seorang pengguna Twitter.
Seorang lagi berkata: “Anthony Elanga, basuh kepala kamu dengan segera.”

United keciciran dua mata selepas berhempas pulas menentang Southampton, pasukan yang dibelasah 9-0 dalam pertemuan terakhir mereka di Old Trafford pada Februari tahun lalu, iaitu ketika The Saints beraksi dengan sembilan pemain ketika itu.

Selepas diejek oleh penyokong ketika meninggalkan padang, pengendali sementara Red Devils, Ralf Rangnick meminta pemainnya belajar menjadi lebih kental dan ‘keras kepala’.

Che Adams meledak gol penyamaan Southampton, tiga minit selepas babak kedua bersambung, sekali gus membatalkan jaringan pembukaan Jadon Sancho di minit ke-21.

Gagal meraih tiga mata juga menyekat hasrat United untuk melonjak ke kedudukan keempat liga, slot automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.

Ini kali kedua United hilang mata selepas diikat 1-1 oleh Burnley dalam aksi ­terakhir liga, Rabu lalu. – AGENSI


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker