PICKids tidak mudarat

PETALING JAYA: Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) menerima perkembangan positif apabila seramai 135,478 kanak-kanak di bawah 12 tahun menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksinasi berkenaan setakat 12 Februari lalu.

Daripada jumlah itu, hanya lapan laporan diterima mengenai kesan sampingan selepas menerima vaksin Cormirnaty Formulari iaitu ruam, bengkak bahagian muka, batuk-batuk dan keletihan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (CITF-C), Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, pada 12 Februari seramai 37,395 kanak-kanak menerima suntikan dan ia merupakan pencapaian tertinggi sejak PICKids bermula dan dijangka bilangan itu meningkat pada 14 Februari ekoran pembukaan pusat pemberian vaksinasi di sekolah.



Menurutnya, seramai 5,907 kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun dengan masalah kesihatan menerima dos pertama vaksin Comirnaty di hospital-hospital yang merawat mereka di seluruh negara.

“Sarawak menunjukkan pencapaian vaksinasi tertinggi de­ngan 9.8 peratus kanak-kanak lima hingga bawah tahun di negeri tersebut telah menerima vaksinasi, diikuti dengan Melaka dan Lembah Klang dengan 8.8 peratus.

“Dari segi taburan umur, 5.3 peratus kanak-kanak berusia 11 tahun telah menerima vaksinasi diikuti dengan 13.6 peratus kanak-kanak 10, 11.4 peratus kanak-kanak Sembilan tahun, 9.9 peratus kanak-kanak lapan tahun, 9.5 peratus kanak-kanak tujuh tahun, 4.5 peratus dan 2.6 peratus bagi kategori umur enam dan lima tahun.

“Sehingga 12 Februari 2022, sebanyak lapan laporan iaitu 0.006 peratus kejadian sampingan selepas menerima vaksin Comirnaty formulari dan hanya sebanyak 10 gejala ringan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.



Terdahulu, akhbar melapor­kan, 80,000 kanak-kanak di Melaka masih belum mendaftar untuk pemberian vaksin Covid-19 dipercayai disebabkan sikap ‘tunggu dan lihat’ ibu bapa yang bimbang dengan kesan suntikan itu.

Noor Azmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berharap, ibu bapa memilih untuk melin­dungi anak mereka daripada jangkitan melalui vaksinasi dan bukan mengambil risiko dengan mendedahkan kepada jangkitan serta komplikasi.

Jelasnya, pemberian vaksin bukan sahaja dapat memberi perlindungan daripada jangkitan teruk seperti Multisystem Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) atau Long Covid-19, ia juga melindungi kanak-kanak yang belum layak menerima vaksin.

“Vaksin juga seperti ubat lain, boleh menyebabkan kesan sampingan. Data kajian dari negara-negara lain menunjukkan kejadian kesan sampingan akibat vaksin Comirnaty Formulari kanak-kanak sangat rendah. Kebanyakan kesan sampingan dilaporkan juga pulih dalam masa yang singkat.



“Pilihlah untuk memvaksinkan anak daripada melindungi mereka daripada jangkitan teruk yang menyebabkan ibu bapa terpaksa melalui tempoh kuarantin, tidak bekerja serta emosi terganggu ekoran jangkitan wabak. Buatlah pilihan bijak demi kesejahteraan keluarga anda,” katanya.

Tambahnya, PICKids akan terus mendidik ibu bapa dan masyarakat mengenai vaksin dan vaksinasi Covid-19 dari aspek ciri-ciri vaksin, kaedah mendapatkan vaksinasi, lokasi maklumat keselamatan vaksin dari masa ke masa. – UTUSAN

PICKids tidak mudarat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker