Kucing tak dapat, duit lebur RM9,000

Kuala Lumpur: Niat seorang seorang doktor wanita ingin membeli kucing baka import yang diiklankan di laman sosial Facebook (FB) bertukar pengalaman pahit apabila dia kerugian RM9,000 selepas menjadi mangsa penipuan.

Mangsa berusia 42 tahun itu menyedari ditipu selepas membuat bayaran, namun tidak memperoleh haiwan terbabit kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi Rabu lalu untuk tindakan selanjutnya.

Menurut sumber, mangsa pada mulanya melihat penjualan kucing itu di FB pada 4 Februari lalu ketika berada di rumahnya di Sungai Besi.

“Dia yang berminat kemudian berhubung dengan seorang lelaki dan sebaik bersetuju dia diminta membuat pemindahan wang ke akaun diberikan.

“Selepas itu dia membuat beberapa transaksi wang kepada suspek seperti yang dimintanya namun pada Isnin lalu dia sekali lagi diminta membuat pembayaran,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa mula curiga selepas membayar RM9,000 namun kucing terbabit masih belum diperoleh dan dia berasa ditipu sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker