Perhilitan kesan tapak kaki harimau di Cameron Highlands [VIDEO]
KUANTAN- Aduan daripada penduduk di Kampung Orang Asli di Kampung Sungai Ubi, Cameron Highlands berhubung kehadiran harimau belang di kampung itu, pada Khamis lalu, adalah berasas.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, hasil siasatan dijalankan telah menjumpai kesan tapak kaki harimau belang pada jarak satu kilometer (km) dari perkampungan tersebut.
“Pemantauan di lokasi kejadian dan kawasan sekitarnya sedang dilakukan oleh kakitangan Perhilitan Pahang dan Perak,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau menjelaskan pemantauan dilakukan bagi memastikan harimau belang itu kembali ke habitatnya dan tiada ancaman kepada penduduk.
Tular rakaman video berdurasi 26 saat berhubung penemuan seekor harimau belang yang dikatakan dikesan di kawasan Cameron Highlands, dua hari lalu.
Ia merupakan video kedua tular selepas video pertama sekitar seminggu lalu di mana seekor harimau belang dikatakan berkeliaran di sekitar jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Difahamkan harimau belang berkenaan dipercayai dari hutan simpan berhampiran dan kemungkinan tersesat di kawasan berkenaan ekoran mengejar haiwan buruan.
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET