Muka bayi makin teruk lepas sapu krim klinik swasta

Muka bayi makin teruk lepas sapu krim klinik swasta

Perkongsian seorang wanita menunjukkan beberapa gambar wajah anak perempuannya yang mengalami luka teruk berpunca dari gatal-gatal di media sosial menjadi perhatian netizen.

Menerusi ciapan pengguna media sosial bernama @nrdeanna, beliau menyatakan bahawa luka di wajah anaknya semakin teruk selepas mendapat rawatan di sebuah klinik swasta. Difahamkan ianya disebabkan dari krim yang diberikan dari klinik tersebut.

Tambahnya, luka di bahagian pipi anaknya itu semakin membesar sehingga hampir ke bahagian bawah mata.

Jelas beliau, krim itu diberikan oleh salah seorang petugas kesihatan di klinik tersebut dan disebabkan terlampau risau dengan keadaan anaknya, wanita ini segera menyapu krim ke muka anaknya dengan harapan agar cepat sembuh.

Kini, difahamkan anaknya telah mendapatkan rawatan di hospital dan diberikan rawatan yang bermula dengan antibiotik.

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian orang ramai di media sosial menyifatkan doktor atau petugas kesihatan seharusnya tahu kesan dan juga bahan yang sesuai mengikut jenis luka sebelum diberikan kepada pesakit terutamanya melibatkan kanak-kanak.

“Doktor dan petugas kesihatan perlu tahu ubat yang sesuai untuk rawatan pesakit lebih-lebih lagi melibatkan seorang kanak-kanak,” kata @nabjimmy.

“Banyak kesalahan doktor itu bagi ubat steroid untuk sapu di muka. Steroid tidak boleh sapu di muka. Akan menipiskan kulit muka,” kongsi @Mra11643479.

“Ya Allah risaunya tengok keadaan bayi ini, semoga tidak merebak sampai ke mata bayi anda. Semoga dipermudahkan urusan untuk membela nasib bayi anda,” jelas @syznsrh. K Online

Muka bayi makin teruk lepas sapu krim klinik swasta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker