Bidaan Nombor Siri BRA diteruskan JPJ

Bidaan Nombor Siri BRA diteruskan JPJ

Pada sekitar bulan April nanti, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka meneruskan bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan siri ‘BRA’ walaupun gabungan bunyi tiga huruf itu berbaur seksis.

Menurut Utusan Malaysia, sumber agensi berkenaan memberitahu setakat ini, tidak ada sekatan terhadap penggunaan siri plat pendaftaran kenderaan darat dengan huruf tertentu.

“Insya-Allah, huruf tersebut tetap diteruskan apabila tiba masa selepas siri BQY tamat sekitar April depan,” kata sumber agensi tersebut.

Polemik gabungan tiga abjad tersebut bagaimanapun tular diperkatakan segelintir warganet kerana sebutannya menyerupai pakaian dalam wanita dalam bahasa Inggeris.

“Itu mungkin sekadar pandangan persepsi masyarakat, tetapi, bagi pihak JPJ, kombinasi huruf sedemikian tiada pun melambangkan maksud spesifik kepada mana-mana benda.

“JPJ pada masa ini memang pun tiada polisi khusus yang akan mengharamkan siri huruf tertentu macam pernah dilakukan oleh Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) di Singapura,” terang sumber. Vc

Bidaan Nombor Siri BRA diteruskan JPJ


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker