Bersatu parti yang tidak jujur dan mahu menamatkan riwayat UMNO

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan asabiyyah terhadap UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor itu adalah amat kasar dan tidak berfakta.

Ujar beliau, fakta sebenar ialah UMNO tidak pernah menolak perpaduan yang jujur, ikhlas dan sejati.

“Mungkin mereka yang menyatakan itu terlupa UMNO salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).



“BN sebuah gabungan parti politik yang dibarisi parti politik daripada pelbagai kaum dan agama.

“Berpuluh tahun UMNO, MCA, MIC serta parti komponen lainnya bersama mentadbir Malaysia apakah itu asabiyyah?” soalnya dalam siaran di Facebook rasminya pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dakwaan tersebut dilontarkan berikutan parti lawan kecewa UMNO tidak menuruti kehendak mereka supaya bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, UMNO didakwa menolak perpaduan kerana enggan menyertai Perikatan Nasional (PN)



“UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu tentunya kerana ketidakjujuran parti itu yang bermuslihat menamatkan UMNO.

“Malah banyak perlakuan Bersatu yang jelas menunjukkan agendanya terhadap UMNO di sebalik propaganda perpaduan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama perlu mempunyai persefahaman dan kesepakatan yang jelas serta tidak boleh membuta tuli.

Jelasnya, perpaduan mestilah terbina atas semangat persefahaman yang jitu untuk rakyat, bukan kerana kepentingan tersendiri.



“Kesimpulannya, tiada siapa cuba memperbodohkan sesiapa dalam perkara tersebut.

“Sebaliknya hanyalah kemampuan UMNO dalam menilai ‘risk and threat’ (risiko dan ancaman) serta ‘cost and benefit’ (harga dan manfaat),” jelas beliau.

Bersatu parti yang tidak jujur dan mahu menamatkan riwayat UMNO


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker