Matahari buatan Britain hasilkan 59 megajoule tenaga

Reaktor nuklear Matahari buatan Britain catat rekod dua kali ganda berbanding 25 tahun lalu. – UKAEA

LONDON – Sebuah reaktor nuklear Matahari buatan di Britain mencatat rekod baharu apabila membebaskan sebanyak 59 megajoule tenaga.

Ia bersamaan dengan output kuasa melebihi 11 megawatt secara purata selama lima saat, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kuantiti itu adalah mencukupi untuk menjerang kira-kira 60 cerek yang diisi dengan air.

Meskipun penghasilan tenaga itu bukan dalam kuantiti yang besar, namun ia melebihi dua kali ganda daripada rekod yang dicatatkan pada 25 tahun lalu.



“Rekod yang dihasilkan ini membawa kita selangkah lebih dekat untuk menawan satu daripada cabaran saintifik dan kejuruteraan terbesar.

“Jelas di sini bahawa kita perlu melakukan perubahan signifikan untuk menangani kesan perubahan iklim selain reaktor gabungan turut menawarkan potensi besar,” kata Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Tenaga Atom Britain, Profesor Ian Chapman.

Kuasa pelakuran nuklear berfungsi dengan melanggar atom hidrogen berat untuk membentuk helium, membebaskan sejumlah besar tenaga serta meniru proses yang berlaku secara semula jadi di pusat bintang seperti Matahari. – AGENSI

Matahari buatan Britain hasilkan 59 megajoule tenaga




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker