Bekas perenang negara kecam diskriminasi umur dalam pertandingan
Bekas perenang negara kecam diskriminasi umur dalam pertandingan
Bekas perenang negara, Cindy Ong tampil mengkritik apa yang disifatkannya sebagai amalan diskriminasi umur dalam sukan, yang menghalang penyertaan atlet yang lebih berusia.
Ia berikutan insiden di mana dia didakwa dihalang daripada menyertai Kejohanan Terbuka Malaysia walaupun memenuhi syarat secara merit.
Bahkan, ibu kepada tiga anak itu telah menewaskan perenang negara Angelina Chan dan pemegang rekod 50 meter gaya bebas Chui Lai Kwan dalam kejohanan Supersharkz Short-course Sprint yang berlangsung di Shah Alam pada Disember lalu.
“Ketepikan umur saya, ketepikan apa sahaja yang saya katakan. Walaupun kami pergi atas dasar merit, saya layak dalam hampir setiap acara yang saya saingi,” kata Cindy kepada Malaysiakini.
Perenang berusia 38 tahun itu menegaskan ramai perenang terkenal di peringkat antarabangsa seperti Ranomi Kromowidjojo, Michael Phelps, dan Nicholas Santos menjadi juara dunia dan memecahkan rekod dunia walaupun berusia lebih 25 tahun.
“Semua nama ini nama besar di luar sana. Anda tidak benar-benar berada dalam potensi kemuncak pada 17 atau 18 tahun.
Di Malaysia, mereka suka (anggap) potensi kemuncak pada 17 tahun, 18 tahun dan selepas SPM berhenti berenang.
“Ada yang masih belum berkembang sepenuhnya. Keupayaannya belum sampai 100 peratus lagi. Mereka masih mempunyai potensi.
“Mengapa meletakkan penghalang begitu sewenang-wenangnya? Jadi saya rasa ia adalah satu diskriminasi umur,” katanya.
Perenang Masters biasanya mengambil bahagian dalam kategori kumpulan umur lebih tua, bermula dari umur 25 hingga 29 dan seterusnya – dengan setiap kategori mengikut sela usia lima tahun.
Reaksi Cindy itu berhubung keputusan Persekutuan Renang Malaysia (MS) untuk mengecualikan perenang Masters seperti dirinya daripada menyertai Kejohanan Terbuka Malaysia tahun ini.
Keputusan itu membangkitkan persoalan memandangkan Cindy penah menyertai kejohanan itu pada 2018 ketika berusia 33 tahun.
Isu dibesar-besarkan
Cindy turut berasa kesal dengan liputan meluas isu tersebut, sekali gus mengundang persepsi negatif terhadapnya.
Menurutnya, ada portal berita telah mensensasikan isu itu tanpa menghubunginya secara langsung untuk mendapatkan responsnya.
“Saya hanya mahu masuk (kejohanan)…tetapi kerana isu ini dibesar-besarkan, saya digunakan sebagai peluru untuk menembak mereka. Tiada lagi peluang untuk saya bertanding di Malaysia.
“Saya tidak fikir saya boleh bersaing di sini lagi,” katanya lagi, sambil menambah dia merasakan sejumlah pihak kini melihatnya sebagai seorang yang terlalu lantang bersuara.
“Saya tidak fikir saya boleh bersaing di sini lagi.”
Cindy juga khuatir isu melibatkan dirinya akan menjejaskan anak lelakinya, juga seorang perenang, dalam pertandingan bulan depan.
Dalam pada itu, dia menyuarakan harapan untuk mendapat penaja baru untuk terus berkecimpung dalam sukan itu, memandangkan dia tidak mendapat bantuan kerajaan dan kos latihan serta perjalanan agak besar.
MS nafi halang penyertaan
Sementara itu Setiausaha Agung MAS Mae Chen menafikan pihaknya ada memberitahu Cindy yang dia tidak dibenarkan menyertai kejohanan kebangsaan berkenaan.
Semalam, dia dilaporkan berkata badan itu sebaliknya terpaksa mengetatkan penyertaan dalam Kejohanan Terbuka Malaysia bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Kejohanan itu akan diadakan bermula 4 hingga 6 Mac dan acara terakhir untuk kelayakan Sukan SEA tahun ini di Vietnam, manakala Cindy pula mengejar kelayakan untuk acara 50m kuak kupu-kupu.
Pada 2021, Cindy menjadi perenang nombor satu dunia dalam acara kuat kupu-kupu wanita bagi kumpulan umur 35-39 dengan catatan 26.71 saat dalam 50 meter. Mk
Bekas perenang negara kecam diskriminasi umur dalam pertandingan
Baca Artikel Menarik:
- Kereta Shuk terbabas masuk parit (Video)
- Wordle jadi kegilaan global sehingga jenama hebat terpengaruh
- Sampah, Hattan selar program nyanyian gila rating
- Gadis tudung hijau disamakan dengan watak lucah buat laporan polis
- PRN Johor: ‘Bertanding atau tidak saya tetap buat kerja’
- Ibu Terpaksa Dukung Bayi Sambil Sampaikan Laporan Ramalan Cuaca [VIDEO]
- Peningkatan kes Covid-19, Kita bakal kehilangan satu tahun lagi?
- Tulang belakang anak bengkok 40 darjah, galas beg berat
- Siapa sebenarnya salah guna kuasa, ‘gelapkan’ duit?
- Kapal Genting Hong Kong kena rampas
- Netizen kecam Sajat pakai bikini nampak ‘burung’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]
Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)
You must be logged in to post a comment.