Singapura kecam Richard Branson

Singapura kecam Richard Branson

Pemerintah Singapura hari ini mengkritik bilionair Britain, Richard Branson kerana berkata bahawa ‘pihak berkuasa mungkin akan membunuh seorang lelaki yang tidak bersalah’ berhubung kanabis seberat 1 kilogram.

Warga Singapura, Tangaraju Suppiah, 46, dijadual menjalani hukuman gantung esok selepas didapati bersalah berkomplot menyeludup 1,017.9 gram kanabis iaitu dua kali ganda daripada jumlah maksimum yang membawa kepada hukuman mati di pulau itu.

Branson selaku anggota Suruhanjaya Dasar Dadah Global berpangkalan di Geneva, telah menggesa Singapura supaya menangguhkan hukuman tersebut. Katanya, Tangaraju ‘tidak berada berdekatan’ dadah terbabit semasa dia ditangkap.

Beliau memberi amaran bahawa Singapura mungkin menghukum mati seorang lelaki yang tidak bersalah.

“Itu tidak benar,” kata Kementerian Dalam Negeri Singapura dalam satu kenyataan sambil menambah, kesalahan Tangaraju telah dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Menurutnya, Branson tidak menghormati sistem kehakiman dan jenayah Singapura berikutan tuduhannya.

Hukuman mati tersebut adalah yang pertama dalam tempoh enam bulan dan ke-12 sejak tahun lalu. – AFP

Singapura kecam Richard Branson

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker