PRN Johor bukan untuk ‘poket’ pemimpin BN

PONTIAN- Dakwaan Pilihan Raya Negeri PRN Johor diadakan demi kepentingan poket pemimpin Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai tuduhan yang melampau dan tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan tidak seharusnya mẹmbuat tuduhan sedemikian rupa.

“Kalau begitu, saya pun boleh cakap Bersatu sebagai ‘Parti Pelompat Bersatu Malaysia’. Daripada 31 kerusi yang dimiliki hanya enam sahaja dari parti asal mereka. 10 daripadanya mengikut jejak Datuk Seri Azmin Ali dan 15 lagi melompat daripada UMNO.

“Sekiranya mereka benar sebuah parti yang berprinsip, mereka tidak akan terima ahli Parlimen yang melompat dari pelbagai negeri menyertai Bersatu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Jamuan Muhibah Tahun Baru Cina bersama Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, di sini pada Isnin malam.

Mengulas lanjut, Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian itu berkata, Bersatu perlu sedar PRN Johor diadakan bertujuan membentuk kerajaan yang stabil dan bukannya melihat parti yang gagal atau berjaya.
“Hubungan antara UMNO dan Bersatu berada pada tahap sukar sebab mereka antara punca BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ketika mereka bersama Pakatan Harapan (PH) ketika itu. Saya harap kita tidak mudah lupa tentang itu,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker