Kebakaran di Bako, 4 keluarga hilang tempat tinggal

Kebakaran di Bako, 4 keluarga hilang tempat tinggal

Empat keluarga terdiri daripada 16 orang hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Bako, Kuching, awal pagi tadi.

Mangsa terdiri daripada lima lelaki dewasa, empat perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.38 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samarahan dan pasukan BBP Tabuan Jaya ke lokasi.

Katanya, komander operasi melaporkan bahawa pasukan bertugas mengalami kesukaran untuk masuk ke lokasi kebakaran disebabkan jalan yang sempit di kawasan kampung berkenaan.

“Api sedang marak ketika jentera pertama tiba dan pasukan bomba membuat pemadaman dengan teknik ‘offensive firefighting’ dan ‘fire break’ untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan rumah berhampiran,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Menurutnya, kebakaran yang melibatkan sebuah rumah jenis struktur tidak kekal dan berukuran anggaran 40 x 40 kaki persegi itu musnah 100 peratus.

Katanya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira tiga jam kemudian.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Sarawak,” tambahnya. FMT

Kebakaran di Bako, 4 keluarga hilang tempat tinggal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker