Kaki kiri parah diserang buaya

Kaki kiri parah diserang buaya

Tuaran: Seorang lelaki nyaris maut dibaham seekor buaya ketika mencari lokan di Sungai Kampung Giling, di sini, hari ini.

Mangsa, Yahya Madura, 57, terselamat namun parah di kaki kiri selepas diserang reptilia sepanjang kira-kira 1.5 meter dalam kejadian pada 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, mangsa serta seorang rakannya menaiki perahu kecil dari Kampung Mengkabong menuju ke Sungai Kampung Giling di kawasan paya bakau untuk mencari lokan.

“Sebaik mereka selesai mengumpul lokan, mangsa yang mahu menaiki perahu untuk pulang tiba-tiba diserang seekor buaya dari dasar sungai dengan ketinggian air mencecah 0.5 meter.

“Buaya itu bertindak agresif dengan menggigit kaki kiri mangsa, namun mangsa berjaya melepaskan diri sebelum menaiki perahu dan kembali ke Kampung Mengkabong bersama rakannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Hamizi berkata, mangsa yang tiba di rumahnya dibantu ahli keluarga sebelum dihantar ke Hospital Tuaran bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, mangsa yang luka di kaki kiri iaitu belakang lutut sehingga pergelangan kaki masih dirawat dan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes akan dirujuk ke Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan lokasi reptilia itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran di talian 088791933, 088791966 atau 088791977. HM

Kaki kiri parah diserang buaya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker