Tegar Di Big Stage 2022 Demi Ubah Hidup Keluarga, Tinggalkan Isteri Dan Anak Sementara

Tegar Di Big Stage 2022 Demi Ubah Hidup Keluarga, Tinggalkan Isteri Dan Anak Sementara

BERKAHWIN dan memiliki anak pada usia muda menjadikan penyanyi Tegar Septian seorang yang lebih matang dan sentiasa berfikir tentang masa depan.

Tegar, 22, juga mengakui ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan kehidupan berumah tangga adalah cabaran untuk dia sentiasa belajar erti kesabaran.

“Sekarang masa untuk bersama kawan-kawan tidak seperti dahulu lagi. Perlu lebih fokus kepada keluarga dan anak.

“Menjadi bapa pada usia muda membuatkan saya lebih dewasa. Saya harus fikir tanggungjawab dan bekerja untuk masa depan keluarga,” ujar Tegar kepada mStar.

Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka pada Mac 2020 dan mereka kini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang diberi nama Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Demi masa depan dan kesenangan keluarganya, Tegar terpaksa berpisah dengan mereka bagi menyertai program Big Stage 2022 (BSSS) diadakan di Malaysia.

“Mereka semua menyokong kerjaya saya dan penyertaan saya ini juga adalah demi masa depan kerjaya yang untuk kesenangan mereka.

“Ada perancangan untuk membawa isteri dan anak datang ke Kuala Lumpur. Semoga segala urusan dipermudahkan dan kami dapat bersama nanti,” jelasnya.

Penyertaan Tegar dalam BS22 juga bagai pengenalan semula kepada peminat yang di sini.

Penyanyi berasal dari Subang, Indonesia ini mencipta nama menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang dan berharap masih ada peluang untuk kembali dikenali dalam industri muzik Malaysia

“Jika ada rezeki saya di sini, pasti mahu berada di Malaysia. Semoga penyertaan saya ini akan sampai ke peringkat akhir.

“Dalam hidup dan kerjaya ini saya hanya follow the flow sahaja. Apa yang penting tetap terus berkarya,” ujarnya. mSTAR

Tegar Di Big Stage 2022 Demi Ubah Hidup Keluarga, Tinggalkan Isteri Dan Anak Sementara

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker