Sekolah tahfiz disaran tawar TVET – Hasni
Sekolah tahfiz disaran tawar TVET – Hasni
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dicadangkan untuk dijadikan antara subjek pembelajaran di sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini.
Ia antara lain bertujuan bagi melengkapkan pelajar institusi itu dengan ilmu serta kemahiran tambahan.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, selain ilmu agama, program TVET membolehkan pelajar menimba ilmu dan kemahiran tambahan.
Beliau berharap dengan ilmu tambahan itu dapat membantu mereka mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
“Saya secara peribadi mengharapkan supaya semua institusi pendidikan Islam dapat melahirkan anak-anak pelajar yang bukan sahaja alim dalam bidang agama, malah juga mahir dalam bidang lain untuk memberi sumbangan fardhu kifayah kepada masyarakat.
“Program TVET ini adalah antara usaha kerajaan negeri untuk membantu pelajar sekolah agama, tahfiz dan pondok di negeri ini,” katanya ketika Majlis Pelancaran Johor Tahfiz Quality Assurance (JTQA) di sini, semalam.
Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salehuddin Hassan; Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki A Shamsuddin.
Mengulas lanjut, Hasni berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam merencana pelan pendidikan bersepadu untuk pelajar, sama ada dalam bidang akademik mahupun keagamaan terutamanya bagi pelajar sekolah tahfiz.
“Pelbagai langkah sudah dibuat untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan yang sempurna, terkini dan sentiasa ke hadapan sesuai dengan agama Islam itu sendiri yang bersifat anjal dan sejagat.
“Saya bangga kerana antara usaha itu adalah mahu memastikan semua sekolah tahfiz ini mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) supaya perkembangan sekolah ini dapat diurus dengan baik, seterusnya membolehkan pelbagai bantuan dapat disalurkan bagi kepentingan semua pihak.
“Proses ini akan dapat dipermudahkan lagi dengan adanya garis panduan yang dibukukan dan diterbitkan oleh JAINJ menerusi JTQA ini,” katanya.
Pada majlis itu, Hasni turut menyampaikan bantuan pengurusan tahfiz sebanyak RM1 juta. Awani
Sekolah tahfiz disaran tawar TVET – Hasni
Baca Artikel Menarik:
- ‘Main belakang’: Mahkamah Rayuan tolak rayuan KJ
- Penceraian Ezurin Khyra tidak dapat diterima peminatnya
- Geng Suami Kelaparan Tunggu Pegang Pinggan, Geng Isteri Ambil Gambar Dulu (Video)
- Ramai bimbang episod beraya di perantauan berulang lagi
- Dividen Tabung Haji 3 peratus?
- Tidak Sangka!!..Wajah Maskulin, Suara ‘Jantan’ Antara Ciri-Ciri Lelaki Sperma Tidak Sihat
- Boleh tahan kebebalan Wan Saiful – Najib
- Individu kesan imej zombi guna Google Maps
- Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja
- Jaga-Jaga Buat Pesakit Diabetes Yang Perlu Elak 5 Menu Sedap Setiap Sarapan Pagi
- Ketua Pemuda Pas ‘serang’ Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.