Kelemahan Pakatan Harapan, Wan Saiful cuba cuci tangan Bersatu

Antara dasar utama PH ketika mentadbir negara adalah memotong peruntukan tanpa mengambil kira keperluan rakyat, menurut Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

Bagi Wan Saiful, ia akan menyebabkan ketidakstabilan yang berterusan pada negara.

“Apabila kita, Bersatu, sebahagian daripada PH, ketika rakyat perlukan bantuan dan minta bantuan, kita lihat bagaimana agenda PH hanya potong sana, potong sini.

“Kurangkan bantuan ini, potong bantuan itu. Sebaliknya mereka beri bantuan RM30. Jumlah itu habis selepas sekali atau dua kali makan,” katanya ketika sesi taklimat jentera Perikatan Nasional (PN) di Batu Pahat, Johor semalam.

Namun, kata Wan Saiful lagi, ancaman sebenar adalah ideologi PH, yang menurutnya bertentangan dengan prinsip yang dipegang Tunku Abdul Rahman ketika kemerdekaan negara.

 

DAP dan ideologi kiri

Wan Saiful mendakwa DAP khususnya secara terbuka menunjukkan ideologi yang cenderung kiri yang lahir daripada sosialisme.

“Biasanya orang panggil mereka parti Cina (tetapi)…ia bukan sebab kita ragu dengan DAP.”

Menyifatkan DAP berpegang kepada ideologi sosial demokrasi, dia berkata ia merupakan cabang kepada gerakan kiri dan sebahagian daripada sosialisme.

“Adakah kita nak lihat negara kita ke arah sosialisme? Sebab itu kita kena hati-hati,” katanya lagi.

PKR juga mempunyai pengarus sosialisme kerana ia wujud daripada gabungan Parti Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), katanya lagi.

“Bila bercakap tentang PRM, tiada siapa boleh persoal yang mereka parti sosialis dan pengaruh mereka pada PKN tak dapat dinafikan,” katanya.

Walaupun beberapa pemimpin PKR telah menyatakan bahawa ideologi parti itu adalah “tengah-kiri”, Wan Saiful berkata apa sahaja yang menggunakan istilah “kiri” dianggap sebagai sebahagian daripada gerakan kiri.

“Ini sangat berbeza daripada apa yang Tunku Abdul Rahman mahu untuk negara,” katanya lagi.

Justeru, Wan Saiful berkata dia berharap PH tidak dapat berakar di Johor dan menggunakannya sebagai permulaan untuk menyebarkan ideologinya ke negeri-negeri lain.

Kelemahan Pakatan Harapan, Wan Saiful cuba cuci tangan Bersatu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker