Australia buka semula pintu sempadan, pelancong dibenarkan masuk bermula 21 Februari

CANBERRA, AUSTRALIA – Australia akan membuka semula sempadannya kepada pelancong luar bermula  21 Februari ini, kata Perdana Menteri, Scott Morrison dalam satu pengumuman hari ini sekali gus menamatkan antara sekatan perjalanan paling ketat dan paling lama di dunia sepanjang tempoh pandemik.

“Kini hampir dua tahun sejak kami membuat keputusan untuk menutup sempadan Australia,” kata Morrison sambil mengumumkan bahawa sempadan negara itu akan dibuka semula kepada semua pemegang visa pada 21 Februari tahun in.

“Sekiranya anda lengkap divaksin sebanyak dua kali, kami mengalu-alukan kedatangan semula  anda ke Australia,” katanya



Pelabuhan dan lapangan terbang negara itu ditutup kepada pelancong pada Mac 2020 dengan bertujuan untuk melindungi pulau benua tersebut daripada lonjakan kes pandemik global.

Terdahulu, kerajaan Australia mengadakan satu mesyuarat bagi memutuskan perkara tersebut, demikian menurut portal berita MailOnline.

Menteri Dalam Negeri Australia, Karen Andrews sebelum ini berkata, keutamaan akan diberikan kepada pelancong dan pelawat perniagaan yang telah menerima vaksinasi lengkap Covid-19.

“Kami telah melaksanakan proses-proses bagi bersiap sedia dalam membuka kembali sempadan negara.



“Kerajaan juga akan terus berbincang dengan pakar-pakar kesihatan, dan sebaik sahaja mereka bersetuju, pintu sempadan negara akan dibuka kembali kepada pelancong,” katanya.

Sebelum ini, penduduk Australia yang telah divaksin dibenarkan keluar dari negara itu sejak 1 November lepas, manakala pekerja asing berkemahiran dan pelajar antarabangsa turut diterima masuk pada pertengahan Disember 2021.

Dengan bilangan kes Covid-19 di Australia dan negara-negara lain yang semakin berkurang, kerajaan negara itu kini memberi fokus untuk merancakkan kembali sektor pelancongan.

“Kerajaan sedar bahawa ekonomi negara ini terus tertekan termasuk sektor penting seperti pelancongan.



“Sama seperti pengendali perkhidmatan pelancongan di seluruh negara, kami ingin melihat pelancong luar kembali ke negara ini sebaik sahaja situasi disahkan selamat,” ujar Andrews. –  AFP/AGENSI

vAustralia buka semula pintu sempadan, pelancong dibenarkan masuk bermula 21 Februari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?



Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker