‘Tiada lagi catur-mencatur kuasa di kalangan pengkhianat’

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan sudah tiba masanya untuk kerajaan mengembalikan mandat rakyat dengan mengadakan segera Pilihan Raya Umum (PRU) 15 selepas kejayaan membentangkan rang undang-undang (RUU) anti lompat parti semalam.

Katanya penting bagi mendirikan sebuah kerajaan mutlak yang dipilih secara demokratik tanpa berlaku sebarang pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

“Maka, sudah tiba masanya mandat rakyat dikembalikan agar sebuah kerajaan mutlak yang bukan didirikan atas pengkhianatan mandat dapat dipilih secara demokratik.

“Yang pasti rakyat tidak akan sesekali melupakan wajah-wajah pengkhianat mandat rakyat sehinggakan negara terpaksa menempuhi tempoh kelam dalam lipatan sejarah tanah air,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam Dewan Rakyat meluluskan cadangan pindaan perlembagaan berhubung tindakan melompat parti menerusi RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan peruntukan larangan ahli parlimen bertukar parti.

Ia disokong semua 209 ahli parlimen yang hadir, manakala 11 lagi tidak hadir.

Dengan pindaan tersebut, seseorang ahli parlimen akan kehilangan kerusinya jika keluar parti atau tidak lagi menjadi ahli parti yang dianggotainya. Namun, ia terkecuali kepada ahli parlimen yang dibuang parti.

Mengulas lanjut Asyraf berkata, dengan terciptanya sejarah besar buat negara apabila RUU anti lompat parti diluluskan, diharap tiada lagi insiden pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

“Tiada lagi catur-mencatur kuasa di kalangan pengkhianat mandat rakyat.

“Tiada lagi pencabulan mandat rakyat yang menyebabkan negara melalui episod hitam dalam sejarah demokrasi tanah air,” katanya lagi.

‘Tiada lagi catur-mencatur kuasa di kalangan pengkhianat’

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker