Tangkap Jho Low, Nik Faizal boleh bersihkan nama Najib – Peguam

Tangkap Jho Low, Nik Faizal boleh bersihkan nama Najib – Peguam

Seorang peguam memberi pandangan bahawa hanya dengan menangkap Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn. Bhd. Nik Faizal Ariff Kamil dan ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low boleh membersihkan nama Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Mahkamah Persekutuan tidak melakukan kesilapan dalam menjatuhkan hukuman terhadap Najib selepas pihak pembelaan gagal menampilkan kedua-dua mereka yang merupakan saksi utama kes SRC International.



“Dia kena bawa Jho Lho, Nik Faizal ke kandang saksi untuk mengesahkan dan mengaku bahawa mereka sudah scam bos mereka.

“Namun Najib gagal membawa saksi-saksi ini untuk membela dirinya. Ya tanggungjawab memanggil Jho Low dan Nik Faizal adalah tanggungjawab Najib, bukan pendakwa raya.

“Kes pendakwaraya akan runtuh jika Jho Low dan Nik Faizal hadir sebagai saksi Najib dan mengesahkan mereka telah kelirukan Najib dan mereka ambil kesempatan atas kesibukan Najib menguruskan negara,” katanya.

Dalam kes SRC International katanya, pendakwar aya hanya perlu membuktikan tiga perkara. Pendakwaraya perlu membuktikan tertuduh (Najib) ada kuasa, harta bernilai adalah di bawah kekuasaan tertuduh dan tertuduh telah menggunakan kuasanya untuk menggunakan harta berkenaan utk kepentingan dirinya sendiri.



Manakala di pihak Najib, beliau hanya menimbulkan keraguan bahawa dia tidak mengetahui duit RM42 juta datang daripada sumber SRC kerana sibuk urus hal negara.

Pihak pembelaan juga menyatakan Najib menjadi mangsa komplot oleh Jho Lho, Azlin Alias, Nik Faizal dan beberapa pegawai bank yang menguruskan hal akaun peribadi dia. “Jadi dia tiada niat “mens rea” untuk menyalahgunakan kuasa dia untuk kepentingan peribadi sebab dia percaya berdasarkan cakap orang-orang kepercayaan dia, duit dalam akaun dia tu adalah bersih dan bebas utk dia gunakan.

“Bagaimana nak buatkan mahkamah percaya kepada ketiga-tiga pembelaan Najib ini?

“Dia kena bawa saksi untuk mengesahkan memang Najib tak tahu duit tu datang dari sumber SRC sebab dia sibuk sangat dengan kerja rasmi negara.



Dia kena bawa Jho Low, Nik Faizal,” kata Khairul Azam dalam perkongsian di media sosial. Ketika ini kedua-dua mereka iaitu Jho Low dan Nik Faizal telah menghilangkan diri tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

Mahkamah Persekutuan Selasa lalu mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap bekas perdana menteri Najib Razak bagi pertuduhan penyelewengan RM42 juta dana SRC International. Najib, 69, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. MG

Tangkap Jho Low, Nik Faizal boleh bersihkan nama Najib – Peguam


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya



Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker