Selepas bidas Adun PKR, Syed Saddiq minta maaf

Selepas bidas Adun PKR, Syed Saddiq minta maaf

Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon maaf kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram daripada PKR, S Gopalakrishnan susulan kekhilafannya yang merendahkan tugas dan tanggungjawab wakil rakyat itu.

Beliau berkata, permohonan maaf itu dibuat atas semangat kebersamaan bersama rakan PKR.

“Saya memohon maaf atas kekhilafan yang dibuat. Saya akui posting lawatan saya ke Ulu Tiram telah merendahkan tugas dan tanggungjawab yang dibuat oleh rakan ADUN KEADILAN (PKR).

“Sesi melawat dan bertemu rakyat di Ulu Tiram adalah satu proses untuk saya dan MUDA belajar lebih banyak soal menjaga rakyat,” katanya di Facebook.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar turut mengakui banyak kerja dan tanggungjawab dilaksanakan di kawasannya juga tidak sempurna dan banyak yang perlu dilunaskan.

Beliau turut meminta semua pihak terus menegur kerja dan ucapannya jika ada yang tidak kena.

“Yang baik itu datang dari yang Maha Esa. Yang khilaf itu saya,” katanya.

Pada hantaran awalnya yang telah dipadamkan, Syed Saddiq merujuk kepada aduan didakwa diterima daripada penduduk Ulu Tiram terhadap wakil rakyat mereka yang dipilih.

Antara lain beliau mendakwa walaupun peruntukan diterima, pengundi yang ditemui MUDA semasa siri jelajahnya hari ini mengadu mereka tidak diberi perkhidmatan sepatutnya.

Gopalakrishnan membidas kenyataan Syed Saddiq yang mendakwa beliau tidak pernah mengambil berat tentang masyarakat India di Ulu Tiram.

Beliau yang juga Naib Pengerusi PKR Johor berkata, sesiapa saja boleh berkata apa yang mereka mahu, tetapi apa bukti Syed Saddiq membuat ulasan sedemikian secara terbuka.

Katanya, PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya dalam perbincangan untuk memperuntukkan kerusi bagi MUDA pada pilihan raya negeri (PRN) dan akan menunggu pendirian mereka mengenai perkara itu.

PRN Johor akan diadakan selepas DUN dibubarkan pada 22 Jan.

Ini merupakan penampilan pertama MUDA pada pilihan raya dan parti baharu itu masih mengadakan rundingan dengan PH mengenai peruntukan kerusi bagi PRN Johor. FMT

Selepas bidas Adun PKR, Syed Saddiq minta maaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker