Malaysia kembali menuju ‘lockdown’?

BUAT pertama kalinya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, angka positif Covid-19 kembali meningkat ke tahap yang membimbangkan.

Ini sekali gus mencetuskan pertanyaan apakah kita akan kembali sepertimana keadaan sebelum ini yang menyaksikan pergerakan kita terpaksa dihadkan dan aktiviti ekonomi diminimumkan.

Belalang ingin mengingatkan kita semua, janji bahawa PKP tidak akan dikembalikan bukanlah satu jaminan yang ia tak akan dilaksanakan semula.

Jika angka positif mencecah 10,000 sehari di mana angka sekarang pun telah kembali kepada 9,117 kes, tak mustahil PKP akan dilaksanakan kembali.

Belalang percaya segala-galanya bergantung kepada sejauh manakah hospital kita dapat menampung pesakit yang kembali menerima rawatan.

Jika hospital tak dapat menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat, kerajaan tidak ada pilihan melainkan mengembalikan PKP.

Jadi kalau tak nak harapan dan rancangan nak balik kampung musnah macam ‘pelamin anganku musnah’ maka Belalang nak pesan, tolong hati-hatilah dan jaga SOP.

Tak jaga semua tu maka pakat tak balik kampunglah kita semua menjelang Ramadan dan Aidilfitri nanti. Ingat pesan Belalang tu.

Mengenali Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau adalah seorang yang tak akan berkompromi dengan perkara-perkara keselamatan awam ini.

Beliau telah pun membuktikannya apabila membatalkan umrah bulan lalu.

Khairy juga telah memberi indikasi yang kes positif dijangka meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu akan datang.

Perlu diingatkan, apabila pintu sempadan dibuka semula maka akibatnya inilah yang kita perolehi. Tak buka pintu, ekonomi pula merosot dan terus menjunam, serta pekerjaan turut tak dapat dipulihkan. Maka kita sentiasa berada dalam keadaan ditelan mati emak diluah mati bapa.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker