Jalan Bukit Kukus dilanda banjir kilat
Jalan Bukit Kukus dilanda banjir kilat
GEORGE TOWN: Banjir kilat melanda jalan berkembar Bukit Kukus selepas alur longkang tersumbat dengan daun kering dan sampah berikutan hujan lebat.
Laluan yang baru saja dibuka baru-baru ini dinaiki air kira-kira satu kaki pada 6.15 petang hari ini.
Klip video disiarkan seorang pemandu yang melalui jalan itu menunjukkan sebuah kereta tersangkut dalam air selepas mengharungi banjir, manakala sebuah motosikal dilihat membuat lencongan ke laluan salah.
Petugas membersihkan sampah yang terperangkap dalam alur longkang di sepanjang jalan berkembar Bukit Kukus petang tadi.
Pekerja majlis dilihat membersihkan dan mengalihkan serpihan daripada bahagian yang terjejas.
Jurucakap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata, air dapat dialirkan keluar dari longkang selepas kerja pembersihan.
Bulan lalu, longgokan sampah dikesan di sepanjang jalan berkembar itu hanya dua minggu selepas ia dibuka, mendorong MBPP merayu kepada pengguna jalan raya supaya berhenti membuang sampah.
Jurucakap majlis itu berkata, petugas pembersihan membersihkan longkang dengan kerap dan memeriksanya selepas hujan lebat. FMT
Jalan Bukit Kukus dilanda banjir kilat
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]