Tukang kebun meninggal dunia selepas baca al-Quran di masjid

Tukang kebun meninggal dunia selepas baca al-Quran di masjid

SUNGAI PETANI – Seorang tukang kebun ditemui meninggal dunia di ruang solat Masjid Nurul Hasanah di Bukit Kechil Simpor, Tikam Batu dekat sini pagi tadi.

Lelaki berusia 54 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh kakitangan masjid sebelum memaklumkan kejadian kepada ahli keluarganya kira-kira pukul 7 pagi.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, saksi kejadian memaklumkan mangsa membaca al-Quran selepas menunaikan solat subuh.

“Mangsa kemudian dilihat dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihak masjid seterusnya menghubungi ambulans dan mangsa disahkan telah meninggal dunia.

“Isteri mangsa memaklumkan suaminya menghidap penyakit darah tinggi dan tidak mendapatkan rawatan di pusat kesihatan serta hanya bergantung ubat dari farmasi,” jelasnya.



Tambahnya, pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati tiada kesan luka, lebam atau sebarang unsur jenayah.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat,” katanya. K Online

Tukang kebun meninggal dunia selepas baca al-Quran di masjid


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri



Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker