Robot diumum pekerja terbaik

Robot diumum pekerja terbaik

Beijing: Syarikat hartanah gergasi China, Vanke Group mencetuskan kontroversi selepas memilih robot pemungut hutang dipacu Kecerdasan Buatan (AI) sebagai pekerja terbaik untuk tahun lalu.

Sekali imbas, Cui Xiaopan, persis seorang wanita berusia 20-an dengan wajah yang sangat tegas, tetapi sebenarnya ia bukan manusia, tetapi foto janaan yang digunakan untuk memungut hutang.



Pemungut hutang AI itu berjaya mengatasi rakan sekerja manusianya dengan margin keuntungan yang agak besar apabila mencatatkan kadar kejayaan 91.44 peratus dalam mengutip bayaran tertunggak.

“Dengan sokongan algoritma yang sistematik, dia dengan cepat mempelajari kaedah manusia untuk menemui masalah dalam prosedur kerja dan data serta menampilkan kemahirannya ratusan ribu kali lebih banyak daripada manusia,” kata Pengerusi Lembaga Pengarah Vanke Group, Yu Liang dalam catatan di media sosial pada Disember tahun lalu.

Cui Xiaopan, pekerja AI yang dibangunkan pasukan dalaman menggunakan toolkit (set alat) daripada Xiaoice, sistem AI canggih yang dimiliki Microsoft China.

Ia mula bekerja di jabatan perakaunan syarikat itu pada Februari tahun lalu, tetapi dengan cepat mempelajari dan berjaya menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemungut hutang manusia.



Daripada 140,000 pekerja di Vanke Group, ia dinamakan sebagai pekerja terbaik pada 2021.

Pengumuman syarikat itu mendapat pelbagai reaksi dengan sesetengah orang memuji teknologi AI yang dibangunkan.

Ada juga mengatakan syarikat itu melakukan perkara yang salah dengan menamakan program komputer kerana pekerja manusia perlu lebih dihargai.

Projek AI China mendapat banyak perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, daripada penyampai berita ultra-realistik yang mengejutkan semua orang beberapa tahun lalu kepada pelajar universiti AI pertama di negara itu. HM



Robot diumum pekerja terbaik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker