Ratu kartel Brazil terselamat selepas ditembak 20 kali

Ratu kartel Brazil terselamat selepas ditembak 20 kali

CURITIBA, BRAZIL – Seorang jelitawan bergelar ‘Ratu Kartel’ di Brazil terselamat daripada ajal selepas ditembak berkali-kali dalam satu serangan di kediamannya yang dipercayai dilakukan sebagai percubaan untuk membunuhnya, lapor akhbar The Sun semalam.

Camila Marodin atau nama samarannya Traffic Cutie, dituduh menjalankan aktiviti mengedar dadah, pengubahan wang haram dan perniagaan haram lain.

Ketika kejadian, dia baru pulang ke kediamannya di bandar Curitiba selepas membeli-belah.

Wanita itu secara tiba-tiba ditembak dari sebuah kereta yang diletakkan berhampiran rumahnya. Bagaimanapun, tiada satu pun peluru daripada 20 das tembakan yang dilepaskan mengenai dirinya.

Seorang rakannya bagaimanapun terkena tembakan tersebut dan dikejarkan ke hospital.

Berdasarkan rakaman video, kereta milik Camila dilihat memasuki laluan di hadapan rumahnya sebelum dia dan rakannya keluar dari kenderaan itu.

Kedua-duanya kemudian cuba berlindung sejurus tembakan dilepaskan ke arah mereka.

Menurut laporan, Camila dipakaikan dengan gelang pengesanan pada bahagian buku lali serta sedang menjalani tempoh tahanan di rumah ketika kejadian tersebut.

Media tempatan melaporkan suaminya, mendiang Ricardo Marodin dibunuh ketika majlis sambutan hari lahir salah seorang anak mereka pada November tahun lalu, beberapa hari sebelum Camila ditangkap. K Online

Ratu kartel Brazil terselamat selepas ditembak 20 kali


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker