Pas tak boleh paksa UMNO ubah pendirian – Shahril

Pas tak boleh paksa UMNO ubah pendirian – Shahril

Pas tidak boleh memaksa UMNO supaya mengubah pendirian untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, partinya berpegang teguh dengan prinsip yang ditetapkan dan menekankan perkara itu mustahil boleh berlaku.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Khairul Nizam berkata, partinya mempunyai cara untuk memujuk UMNO dalam melaksanakan hasrat berkenaan.

“Kalau dia ada strategi taktikal, kita tunggulah cumanya saya dan pemimpin UMNO lain sudah lama tegur kita tidak menutupi rundingan cuma Pas kalau boleh tidak boleh asyik memaksa UMNO untuk mengubah pendirian.

“Dasar kami untuk pimpinan tidak boleh bersama Bersatu dalam pilihan raya.

“Jadi melainkan strategi Pas cukup hebat untuk mengubah pendirian dasar UMNO saya rasa perkara itu tidak boleh berlaku. Saya rasa itu sahaja saya boleh sebut tentang UMNO dan Pas,” katanya semasa Program Santai Penerangan UMNO Bersama Media di Restoran Banafee di sini hari ini.

Terdahulu, menurut Khairil Nizam berkata, Pas tidak akan berputus asa untuk mengikat kerjasama parti itu dengan UMNO dan Bersatu walaupun di luar kerangka Muafakat Nasional (MN).

Sebelum itu, hubungan Pas dan UMNO agak terjejas ekoran dakwaan Pas bahawa UMNO mungkir janji untuk menerima Bersatu dalam MN. MG

Pas tak boleh paksa UMNO ubah pendirian – Shahril


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker