PRNJohor: Tok Mat ada strategi – Shahril

PRNJohor: Tok Mat ada strategi – Shahril

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mempunyai strategi tersendiri dalam soal penamaan calon, termasuk masa yang terbaik melakukan pengumuman mengenainya.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, BN tidak akan terikut-terikut dengan pendekatan parti lain yang telah mula memperkenalkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.



“Dia bagi saya, soal kita nak namakan calon ini biarlah kepimpinan parti putuskan siapa dan timing kerana UMNO dan BN tidak terikat dengan kaedah atau pendekatan parti lain.

“Kita buat kaedah lain adalah berdasarkan apa yang UMNO pertimbangkan adalah lebih baik untuk parti dan rakyat,” katanya ketika ditemui pada majlis Santai Bersama Mahasiswa Johor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas terdapat parti yang telah mengumumkan calon untuk PRN Johor.

Shahril berkata, apa lebih penting ialah keputusan yang akan diambil itu adalah terbaik untuk parti serta demi kepentingan rakyat di negeri ini.



“Dalam konteks calon ini, kita tidak terlalu reaktif terhadap apa yang pihak lain buat. Saya yakin apa Timbalan Presiden buat selaku Pengarah PRN Johor BN serta Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Hasni Mohammad ada pendekatan dan strategi mereka,” ujarnya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali sebagai calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pakatan Harapan (PH) Johor turut akan mengumumkan dua lagi calon Yang akan bertanding di DUN Mengkibol dan DUN Mahkota, masing-masing daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Pada Rabu lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, pihaknya sedang meneliti calon yang akan diketengahkan pada PRN Johor. MG



PRNJohor: Tok Mat ada strategi – Shahril


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker