PRNJohor: Hasni jadi MB lagi jika BN menang

PRNJohor: Hasni jadi MB lagi jika BN menang

Datuk Hasni Mohammad akan dilantik menjadi Menteri Besar sekali lagi sekiranya Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Itu tegas Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Pelancaran Majlis Pelancaran Jentera BN di Pusat Operasi Zon Barat di sini malam tadi.



Presiden UMNO itu yakin kemenangan pasti akan berpihak kepada BN pada PRN Johor nanti.

Katanya, Hasni yang juga Menteri Besar sekarang harus diberi peluang untuk mentadbir Johor sekali lagi demi kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Saya terkejut bukan jeritan di atas sahaja kalau ini hanya Pusat Operasi Zon Barat seolah-olah pelancaran seluruh negeri Johor maka saya yakin mandat baharu dalam PRN. Insya Allah milik BN.

“Kalau kedudukan kerusi hanya 28, belah sana 27 maka tidak kestabilan kerajaan sekarang untuk itu kita harus berazam dan kita perlu kerja bijaksana bahawa mandat apa yang diumumkan MB mesti diterjemahkan kerja keras kita mesti dilaksanakan dengan kerja bijaksana.



“Saya mahu bertanya seluruh jentera di hadapan kita sanggup ke bekerja keras? Hidup BN! Saudara-saudari kita juga melihat bahawa sesuatu sedang berubah di Johor oleh kerana simbahan fitnah oleh BN dan UMNO menyebabkan kecundangan BN di Johor oleh kerana fitnah menguasai minda dan perasan pengundi di Johor Bahru maka penyesalan mula dirasai termasuk 700, 000 pengundi baharu,” katanya lagi.

Ahmad Zahid berkata, beliau tahu rakyat terutama di Johor kini mula menyesal dengan kesilapan yang pernah dilakukan mereka.

Oleh itu, beliau menasihati ahli-ahli parti agar bekerjasama untuk menangani hati rakyat termasuklah pengundi muda dengan menerusi medium baharu.

“Saya amat yakin rasa penyesalan akan ditebus semula kerana mereka mahu melihat kestabilan BN di Johor. Saudara apabila fitnah telah dibayar undi menolak calon BN dan kita tidak dapat bentuk kerajaan ketika itu.



“Maka apabila perkenan sultan, baginda telah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru-baru ini.

“Untuk itu, kita harus ambil peluang, apatah lagi hari pengundian bahawa di tangan saudara-saudari pengundi letakan harapan, untuk kita membalas budi rasa kepercayaan BN. BN akan terus relevan di bumi Johor, bumi kelahiran UMNO,” katanya.

Dalam ucapannya yang sama beliau mengakui banyak ahli daripada parti lain kini ingin menyertai BN kerana rasa tidak percaya dengan parti yang mereka sertai. MG

PRNJohor: Hasni jadi MB lagi jika BN menang




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker