Najib bidas Bersatu, Langkah Sheraton itu yang rakus, bukan PRN Johor
Najib bidas Bersatu, Langkah Sheraton itu yang rakus, bukan PRN Johor
Najib Razak membidas tuduhan bahawa Umno “rakus” dan “tamak kuasa” kerana mengusulkan pembubaran DUN Johor untuk membuka ruang pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Beliau berkata, “Langkah Sheraton” itu yang rakus kerana mengkhianati gabungan sendiri dan menggantikan pengasas parti (Bersatu) untuk menjadi Perdana Menteri, malah menggunakan “scheme of things” bagi mengekalkan kuasa.
“Ini baru rakus…’scheme of things’ untuk beli dan sogok Ahli-ahli Parlimen Umno untuk kekalkan jawatan sendiri sebagai PM. Menerima individu-individu yang dikaitkan dengan semburit, rasuah dan segala katak untuk menjadi PM.
“Buat darurat untuk gantungkan Parlimen dan membuat PKP separuh masak berbulan-bulan lamanya untuk menyeksa rakyat bagi mengelak sendiri ditumbangkan di Parlimen, derhaka kepada titah-titah Raja-raja Melayu dan YDPA…,” kata Najib di Facebook.
Najib berkata, PRN Johor dibuat bukanlah kerana Umno tamakkan kuasa, sebaliknya ia adalah untuk mengembalikan mandat rakyat dengan cara demokrasi.
Justeru, katanya tiada jaminan Umno dan BN yang disifatkan Bersatu sebagai “rasuah” dan “tamak kuasa” akan menang, sebaliknya pihak pesaing yang perlu yakin dengan kekuatan parti mereka.
“Tiada jaminan pun bahawa Umno dan BN yang dituduh mereka (Bersatu) sebagai rasuah dan tamak akan menang. Kenapa sendiri tak ‘confident’ biarpun sendiri mengaku sendiri hebat dan paling prihatin rakyat?,” katanya.
Pada 30 Jan lalu, seramai 10 Ketua Penerangan Bersatu bahagian di Johor tampil menyokong penuh Resolusi Muzakarah PAS-Bersatu untuk bertanding atas nama Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor.
Mereka sebulat suara mencadangkan semua parti politik di Johor merangka strategi ampuh bagi menggagalkan “muslihat” Umno dan Barisan Nasional (BN).
Dakwa mereka, gabungan itu dilihat semakin rakus, tamak kuasa dan gelojoh ingin mengadakan pilihan raya tanpa mengambil kira kesukaran dialami rakyat yang ketika ini masih berdepan ancaman Covid-19.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 9 Feb untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari pembubaran DUN pada 22 Jan. FMT
Najib bidas Bersatu, Langkah Sheraton itu yang rakus, bukan PRN Johor
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]