Konflik Palestin-Israel: 8 jam berdiri nak dapatkan roti, air

Beratur tujuh hingga lapan jam hanya semata-mata mahu mendapatkan sedikit roti dan air antara situasi teruk dihadapi penduduk Palestin di Gaza dalam mendapatkan sumber makanan.

Bagaimanapun, ada yang pulang hampa tatkala roti atau air tersebut tidak berjaya diperolehi berikutan telah habis disebabkan jumlah mereka yang menunggu terlalu ramai.

Itu situasi diceritakan seorang pencipta kandungan dari Gaza dikenali sebagai Ahmad Ghunaim mengenai keadaan dihadapi penduduk Palestin yang terkesan susulan pengeboman rejim Zionis Israel.



“Pagi ini saya beratur berjam-jam, tujuh hingga lapan jam hanya untuk dapatkan sedikit roti atau air. Kadang-kadang saya tak dapat apa pun sebab dah habis.

“Hari ini saya berdiri tujuh jam, tapi akhirnya saya tak dapat apa-apa. Air pula dipotong sudah berhari-hari.

“Sekarang saya hanya ada sedikit air dalam botol,” katanya menerusi video dimuat naik pada Instagramnya.

Ahmad Ghunaim berkata, selain ketiadaan sumber makanan, dia turut berhadapan masalah untuk menginap berikutan ada tempat telah penuh dengan mangsa.



“Saya berusaha dapatkan rumah atau tempat untuk menyewa, tapi saya tak dapat pun. Saya mencari tempat di sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mungkin boleh menginap di situ.

“Tapi ia penuh dan tidak terima lagi orang. Inilah kehidupan di Gaza dan situasi kami hadapi di sini,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker