MARA pantau 55 MRSM susulan kes COVID-19 di Maktab Tawau
KUALA LUMPUR, 3 Rejab 1443H, Sabtu – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan pemantauan berterusan terhadap penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan, di kesemua 55 buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh negara.
Pengerusinya Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata ini susulan tercetusnya satu kluster COVID-19 baharu di MRSM Tawau, Sabah baru-baru ini, yang mengakibatkan 140 pelajar masih dikuarantin hingga kini akibat dijangkiti, manakala pelajar yang pulih telah dibenarkan pulang.
Katanya pemantauan ke atas semua pelajar itu akan dilaksanakan bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
“Kami sentiasa memantau keadaan anak-anak kita yang masih berada di MRSM, terutamanya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada minggu kedua Februari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata menjelang kemasukan penuh pelajar bagi sesi 2022 ini, MARA turut menyarankan agar pelajar-pelajar yang belum divaksinasi agar masing-masing dapat melengkapkan dua dos, bagi mengekang penularan pandemik berkenaan.
Ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak berasa risau dan terus menghubungi pengurusan maktab jika timbul sebarang kebimbangan tentang situasi semasa, bagi memastikan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan berasa tenang dan tidak tertekan. – Bernama
MARA pantau 55 MRSM susulan kes COVID-19 di Maktab Tawau
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.